Akmal ucap terima kasih PMX kerana buat pengakuan berani ini

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Salleh mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, menyifatkan pendedahan beliau adalah satu pengakuan yang berani.

Kata Akmal, segala tohmahan terhadap Datin Seri Rosmah dahulu hanyalah sekadar fitnah jahat yang mahu menjatuhkan kerajaan BN.

“Terima kasih PMX. Satu pengakuan yang berani

“Jadi segala tohmahan terhadap Rosmah dulu hanyalah sekadar fitnah jahat yang mahu menjatuhkan kerajaan BN apabila beliau dilepaskan dari segala pertuduhan yang dihadapi beberapa hari lepas

“Cincin rosmah, rosmah itu, rosmah ini semuanya Allah telah tunjukkan kebenarannya pada hari ini.

“Kesian keluarga Datuk Seri Najib Razak yang menanggung semua tuduhan liar ini,” katanya di Facebook.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini percaya bahawa beberapa pendakwaan terhadap Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 dibuat dengan “penuh racun dan permusuhan”.

Pada 2018, Tun Mahathir Mohamad mengetuai pentadbiran

Anwar percaya pada waktu itu kes dituduh kerana dendam politik daripada pihak yang berkuasa.

BACA JUGA PM bagi ‘rating’ prestasi jemaah menteri

Â