‘Tak munasabah jika anggap pentadbiran saya seperti pentadbiran dulu’
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembebasan Datin Seri Rosmah Mansor dari tuduhan pengubahan wang haram dan gagal isytihar cukai membuktikan beliau tidak campur tangan dalam keputusan mahkamah.
Beliau berkata, pentadbirannya bukan seperti pentadbiran terdahulu yang boleh memanggil hakim dan peguam negara untuk beri araha.
“Tidak munasabah untuk menjangkakan pentadbiran saya seperti pentadbiran dulu di mana Perdana Menteri boleh panggil hakim dan bagi arahan.
“Saya tidak menemui mana-mana hakim, saya tidak bicara dengan Ketua Hakim Negara dalam soal keputusan mahkamah,” katanya kepada pemberita malam tadi.
Anwar berkata kerajaan menghormati keputusan mahkamah yang melepas dan membebaskan Rosmah daripada kesemua pertuduhan.
“Kita hormati keputusan mahkamah. Kalau Peguam Negara rasakan mereka perlu membuat rayuan, itu keputusan AG. Tapi saya tidak fikir perkara ini perlu jadi kontroversi,” ujarnya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Rosmah daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Hakim K Muniandy membenarkan permohonan isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu untuk membatalkan kesemua tuduhan berkenaan.
BACA JUGA Anwar pernah buat janji dengan penjawat awam sebelum menang PM
Â