Aik, tarian gelek di Kelantan, hijau pula tu, boleh ke…
Heboh diperkatakan mengenai tarian gelek berpakaian mengghairahkan serba hijau di sebuah majlis makan malam yang berlaku di Kelantan.
Difahamkan, program anjuran sebuah syarikat lombong emas di Tanah Merah itu berlangsung di SJKC Yuk Cheng, Tanah Merah, semalam.
Menerusi klip video tular, didapati tetamu dalam jamuan tersebut turut melibatkan individu bertudung.
Rata-rata netizen membandingkan jika insiden itu berlaku di negeri yang bukan ditadbir Pas.
Antaranya pengguna Facebook, Johar Ismail yang secara sinis menganggap Kelantan sudah dijajah.
“Adakah kerana projek emas Sokor memberi pulangan kepada kerajaan negeri Kelantan menyebabkan para lebai Pas ‘buta’ butir mata dan ‘pekak’ telinganya?
“Di Serambi Mekah, di sebuah sekolah di Tanah Merah, telah berlangsung tarian gelek yang mengghairahkan!” ujarnya lagi.
BACA JUGA Mahathir suruh ikat perut, Mahiaddin potong imbuhan, PMX yang dibenci bantu penjawat awam