Apa yang kita bimbang bukan sahaja nyawa kucing tapi bole menyebabkan nyawa manusia (pembunuh bersiri) – Datuk Azman
FOTO BETITA: Sidang Media berhubung insiden kematian ngeri kucing di dalam kampus universiti oleh Datuk Azman Abidin Setiausaha Politik PMX merangkap Penaung Persatuan Rakan Kucing Malaysia di Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak Kuala Lumpur. 21hb Disember 2024 (Sabtu)
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak harrémi menggesa agar tindakan serta-merta diambil dan satu siasatan menyeluruh dilaksanakan untuk mengenal pasti punca bagi memastikan tiada lagi insiden kematian kucing dalam keadaan mengerikan berlaku di Universiti Malaya dan beliau menyuarakan kebimbangan selain terkejut dengan insiden yang menyayat hati ini
Beliau turut mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk penganiayaan terhadap haiwan. Perlakuan sebegini bukan sahaja bertentangan dengan nilai kemanusiaan, malah melanggar undang-undang sedia ada. Beliau juga yakin siasatan teliti yang dilaksanakan akan mengambil kira semua fakta kes terutamanya penemuan kesan bahagian tubuh kucing yang seperti dipotong. (Teks ucapan dibaca oleh Datuk Azman)
Beliau turut menggesa agar pihak Universiti Malaya meningkatkan peranan dan keberkesanan entiti Universiti Malaya Animal Guardians yang telah ditubuhkan dengan turut melibatkan pihak-pihak yang mempunyai kepakaran yang berkaitan seperti persatuan-persatuan pencinta haiwan, PDRM dan lain-lain yang sesuai.