Bersesak 3km ke sempadan walau pembangkang menyalak ekonomi negara merudum
Laluan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dilapor sesak luar biasa hari ini seawal 6 pagi lagi.
Orang ramai dikatakan beratur panjang sejauh kira-kira tiga kilometer untuk sampai ke ICQS bagi urusan mengecap pasport dan pas sempadan.
Mereka dilihat mengambil kesempatan bercuti di negara jiran walaupun pembangkang menyalak ekonomi negara kononnya merudum.
Trend kemampuan rakyat Malaysia melancong dan berbelanja di Thailand dengan kesesakan kenderaan berlaku sejak 19 Disember lalu serentak bersama kenaikan gaji pertama Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diterima penjawat awam di negara ini.
Rakyat Malaysia dikatakan memilih Hatyai, Pattani serta Songkhla sebagai antara lokasi pelancongan popular.
Menurut Ketua Unit Penguat Kuasa ICQS Bukit Kayu Hitam, Naziah Mohd Yusoff, seramai 10,697 pelancong tempatan keluar ke Thailand pada Jumaat (20 Disember lalu) dan 14,820 keluar ke negara jiran itu semalam.
“Jumlah meningkat dan kita jangka bilangan pelancong akan terus bertambah hari ini.
“Setakat tengah hari tadi, seramai 5,931 orang melalui ICQS di sini untuk ke Thailand,” dipetik BH.
Pada September lalu, dilaporkan lebih RM100 juta wang mengalir ke Thailand susulan kira-kira 100,000 rakyat tempatan memilih untuk melancong ke negara itu.
Rekod tersebut sekaligus menunjukkan kuasa beli rakyat Malaysia dilihat sudah bertambah baik.
Penganalisis juga berpendapat kemampuan rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara juga menunjukkan tahap positif kemajuan ekonomi negara.
BACA JUGA Pas buat rayuan ‘derma jihad’, tolonglah bantu MP Kepala Batas
Â