Mahathir suruh ikat perut, Mahiaddin potong imbuhan, PMX yang dibenci bantu penjawat awam

Oleh NORMAN RADZUAN

Anwar bukan scammer dan kelmarin beliau membuktikan reformasi yang mahu dilakukan dikotakan. Walaupun dimaki hari-hari tetapi Anwar tetap membela nasib lebih 1 juta penjawat awam.

Penjawat awam turut berkongsi rasa teruja mereka menerima kadar gaji baharu melalui pelbagai hantaran di media sosial dan antaranya;

“Alhamdulillah, terima kasih kerajaan Madani saya ucap terima kasih bagi pihak isteri saya sebagai seorg penjawat awam. Kenaikan gaji sekitar RM500 untuk beliau kali ini… kata beliau, lagi setahun, akan naik sekitar RM500 sekali lagi… Syukur, Alhamdulillah. Semoga Allah mempermudahkan urusan kerajaan Madani untuk memerintah negara ini,” kata Zul Ismail dalam ruangan komen di Facebook.

Jelas, sekarang di era Mahathir, dia meminta penjawat awam membantu kerajaan dengan mengikat perut untuk mengurangkan perbelanjaan jabatan dan agensi masing-masing. Mahathir tiada idea bagaimana utk mencari dana bagi membantu kakitangan awam.

Malah, dalam satu hantaran video, Mahathir sinis terhadap cita-cita Anwar menaikkan gaji pekerja. Katanya, mana Anwar nak cari duit untuk beri kenaikan gaji yang tinggi kepada kakitangan awam.

Di zaman Muhyiddin paling tidak bertanggungjawab.

Hanya memenuhi nafsunya untuk menjadi PM, dia mempunyai jamaah Menteri paling ramai iaitu 70 orang dgn penambahan sekitar RM 7.6 juta setahun untuk membayar gaji lambakan Menteri Kabinet.

Muhyiddin hanya fikir kuasa hingga sanggup amalkan scheme of things membazirkan jutaan ringgit wang rakyat.

Mudah Muhyiddin buat kerja, 800,000 penjawat awam pula dipotong Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA). Orang politik diraikan, penjawat awam dipotong imbuhan.

Berbeza dengan zaman PMX, Perdana Menteri tidak ambil gaji, Menteri pula ditolak 20% daripada gaji mereka tetapi kakitangan awam dinaikkan gaji dgn melibatkan kos RM 10 bilion.

Nampak bagaimana prinsip perjuangan Anwar, rakyat marhaen diangkat, pemimpin-pemimpin dididiknya berkorban untuk rakyat. Akhirnya, rakyat dapat manfaat atas segala usaha Anwar.

Saya tertarik serta tersentuh dengan hantaran seorang pengguna FB yang merupakan pengundi Tambun.

“Sahabat Anwar Ibrahim… Alhamdulillah… Hari ni terbukti PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim mengotakan janjinya.. di pagi hari penamaan calon PRU15 tempoh hari aku dpt sarapan pagi semeja dengan DSAI sebelum ke tempat penamaan calon.

“Aku luahkan kepada beliau berkenaan gaji aku sebagai penjawat awam, aku cerita kepada beliau komitmen aku dengan gaji yang aku perolehi waktu itu, potongan rumah, kereta, anak sekolah dan segala bagai.

“Aku kata kepadanya harap kalau Datuk Seri jadi PM nanti tolonglah naikkan gaji minimum penjawat awam. Dia kata kepada aku, “Doakan saya menang d Parlimen Tambun ini dan dapat jadi Perdana Menteri untuk mentadbir negara, Insya-Allah saya akan usahakan.

“Syukur, Alhamdulillah hari ni gaji dah naik 8% tahun depan KGT naik RM100 Januari 2026 pula naik lagi 7%. Syukur Alhamdulillah 🤲🏻 Terima kasih PMX dan terima kasih Kerajaan Perpaduan 🥰💙🇲🇾♥️.”

Alhamdulillah dan Insya-Allah hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun rakyat akan dapat menilai antara Anwar dan pemimpin-pemimpin sebelum ini.

Anwar yang dicaci hari-hari, bekerja keras tanpa cuti mencari pelabur dan menghapuskan korupsi semata-mata untuk mencari peruntukan untuk membantu kakitangan awam ini. Nikmat apa lagi mahu didustakan.

BACA JUGA ‘Risau bila dah tak ada kucing, dia buat pada haiwan lain atau manusia’