Rebut 34 barangan Che Ta bernilai hampir RM1 juta, ini senarai yang akan dilelong esok

Pagi esok dijadualkan kereta jenama Haval dan puluhan barangan milik selebriti sensasi, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan akan dilelong melalui lelongan awam.

Sebanyak 34 barangan dengan jumlah keseluruhan bernilai RM902,012.46 akan dilelong bermula pada jam 10.30 pagi di kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Turut dilelong atas perintah Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang akan dijalankan oleh Auctrade Auctions Solution itu adalah sofa, peti ais dan pendingin hawa.

Pada 10 Disember lalu, kediaman Che Ta itu dilapor diserbu pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) bersama peguam dan wakil mahkamah berikutan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

Dilaporkan, isteri kepada pelakon Zain Saidin berkenaan telah membuat pinjaman dengan MARA sejak 2017.

Walau bagaimanapun, Che Ta, 50, melalui syarikat miliknya RCW Worldwide Sdn Bhd didakwa tidak pernah membayar pembiayaan tersebut sejak tujuh tahun lalu.

Malah, ibu kepada Aaaisyah Dhia Rana yang berusia 10 tahun itu dilapor masih belum tampil bertemu pihak MARA untuk berbincang mengenai penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat RCW Worldwide Sdn Bhd.

BACA JUGA Pas buat rayuan ‘derma jihad’, tolonglah bantu MP Kepala Batas

Â