Kutipan derma bayaran saman fitnah MP Kepala Batas: Dosa dinormalisasi, dikongsi bersama
OLEH AHMAD NADHIR YOB
Keputusan Parti Islam Semalaysia (Pas) mengadakan kutipan mega bagi menampung pembayaran saman fitnah MP Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad kepada pimpinan DAP merupakan satu bukti bahawa Pas telah menormalisasi dosa fitnah dan menyeru ahli pas supaya ikut bersubahat mempertahankan fitnah yang mereka cipta.
Surat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Pas melalui Setiausaha Agung mereka Datuk Seri Takiyuddin Hasan menyebut secara jelas bahawa AJK Pas setiap peringkat harus mengeluarkan sejumlah sumbangan mengikut kekananan perjawatan mereka di dalam parti.
Persoalan yang timbul di sini kenapa kesalahan fitnah yang terbukti di mahkamah yang dilakukan oleh YB Mastura dipertahankan oleh Pas?.
Kesalahan fitnah beliau sepatutnya diambil tindakan oleh pimpinan Pas bukannya mempertahankan beliau dengan mengarahkan kutipan derma ini. Kenapa Pas jelas mempertahankan suatu perkara yang dianggap dosa besar dalam Islam?
Satu lagi persoalan yang timbul, perbuatan kutipan derma ini seolah-olah ingin mengheret ahli pas turut sama bersubahat dalam mempertahankan kesalahan dan dosa fitnah yang dilakukan.
Kenapa pimpinan Pas sanggup mengheret ahli parti mereka menanggung dosa yang ahli mereka tidak lakukan?
Tindakan Pas ini adalah bukti mereka adalah penyeleweng ajaran Islam sebenar dan hanya menggunakan agama untuk meraih keuntungan duniawi hingga sanggup menormalisasikan dosa fitnah yang jelas dilarang di dalam islam.
Kepada ahli Pas, sedarlah bahawa anda semua telah ditipu atas nama agama Islam oleh pemimpin anda.
Ahmad Nadhir Yob ialah Setiausaha, Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu.
BACA JUGA: Pas buat rayuan ‘derma jihad’, tolonglah bantu MP Kepala Batas
Â