Mengaku tetamu adalah pelombong dari China, betullah Pas ada…

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah memberitahu bahawa sebahagian besar tetamu dalam majlis makan malam yang membenarkan tarian gelek dan seksi yang tular adalah pelombong-pelombong dari Tanah Besar China.

“Kesemua mereka ini menjalankan kerja lombong sekitar Tanah Merah.

“Selain itu, para pekerja syarikat dan tetamu luar turut hadir,” katanya semalam, dipetik Awani.

Pengakuan Hilmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil itu sekaligus mengundang pendapat orang ramai termasuk mengesahkan Pas mempunyai ‘partnership’ dengan komunis.

Antaranya, pengguna X, @tjerealjoker yang menulis, “Maknanya betullah Pas dok gadai tanah, maknanya betullah Pas partnership dengan kominih, maknanya betullah Pas punca banjir teruk.”

Walau bagaimanapun, menerusi klip video yang tular di media sosial, kelihatan tetamu turut ada yang bertudung.

“… pertama kali tengok pelombong China kulit coklat pakai tudung. Pas bila kantoi, habis lencun dia kencing semua orang,” kata @tjerealjoker lagi.

Sebelum ini, heboh diperkatakan aksi gelek dan berpakaian mencolok mata warna hijau seorang wanita di khalayak ramai yang berlangsung pada 21 Disember lalu.

Mengulas lanjut insiden yang melanggar peraturan kerajaan Kelantan itu, Hilmi berkata, penganjur boleh dikompaun kerana tiada permit hiburan.

“Selain itu pemilik premis boleh dikompaun kerana tiada Lesen Tempat Hiburan (bukan premis hiburan),” katanya.

Jelas Hilmi, penganjuran itu jelas melanggar Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan 1998 kerana tidak mempunyai lesen.

Jika disabitkan kesalahan, katanya, mereka yang terlibat boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

BACA JUGA Pas buat rayuan ‘derma jihad’, tolonglah bantu MP Kepala Batas

Â