Pertemuan Anwar – Prabowo ditangguhkan, kenapa?
Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto ditangguhkan kerana Prabowo demam.
Kedua-dua pemimpin tersebut dijadualkan bertemu hari ini di Langkawi untuk membincangkan perkaitan berkaitan ASEAN dan kepengerusian Malaysia tahun hadapan.
“Saya dan keluarga sudah di Pulau Langkawi bagi menerima kunjungan sahabat, Presiden Prabowo Subianto hari ini.
“Namun, malam tadi beliau mohon menangguhkan pertemuan untuk beberapa hari kerana demam.
“Mendoakan agar Presiden Prabowo diberi kesembuhan sesegera mungkin sekaligus menyambung rencana pertemuan dua negara,” kata Anwar menerusi laman Facebook beliau.
Anwar juga dijadualkan mengadakan pertemuan dengan mantan perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pada 26 Disember.