Kutip derma selepas kena saman: Ini sebenarnya beza kes Lim Lip Eng dengan MP ustazah Pas
Oleh MUHAMMAD NAJIB
Ramai yang balas dengan tempek kes Lim Lip Eng (LLE) kena saman RM2 juta dan kutip derma awam.
Ada beza ya.
LLE kena saman sebab beliau mewakili beberapa pengadu buat laporan polis berkaitan scam pelaburan oleh sebuah syarikat.
Syarikat itu dakwa kena fitnah. LLE lawan di mahkamah tapi kalah.
Ia adalah kes seorang MP cuba mewakili sekumpulan individu lawan sebuah syarikat, in most likely a business transaction went wrong.
You can either win or lose.
Tapi selepas kalah, sekelip mata LLE berjaya kumpul duit untuk bayar saman. Tidak pasti siapa derma, tetapi mungkin oleh kumpulan individu yang tidak berpuas hati tadi.
Kes Mastura MP Kepala Batas pula lain.
Dia seorang diri tabur fitnah atas pentas sebab nak tarik undi.
Yang difitnah saman. Mastura kalah.
Sekarang dia minta derma orang ramai untuk bayar keceluparan mulut dia tempoh hari.
Itu beza dia.
BACA JUGA Ini sebabnya acara lelongan barangan mewah Che Ta ditunda
Â