Mat Sabu tunjuk kepakaran memasak kepada Duta Besar Kyrgystan yang datang ke rumahnya

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu menjamu Duta Besar Republik Kyrgyzstan ke Malaysia, Anvar Anarbaev dengan masakan rumah yang menyelerakan.

Beliau mempelawa Anvar ke rumahnya seusai pertemuan bersama di Wisma Tani semalam untuk menikmati hidangan ikan kaloi segar yang diternaknya.

“Selesai pertemuan dengan TYT Anvar Anarbaev di Wisma Tani, Bang Mat mengambil peluang untuk mempelawa beliau ke rumah.

“Sajian istimewa yang menanti adalah nasi bersama ikan kaloi, atau lebih dikenali sebagai ikan gourami.

“Ikan gourami ini Bang Mat ternak di halaman rumah, dan kebetulan hari ini tiba masa untuk dituai. Hidangan yang disajikan merupakan masakan kampung orang utara. Apa yang lebih istimewa, rasa ikan gourami ini memang sedap!,” kongsinya di Facebook.

Mohamad mengajak semua pihak yang berminat dalam bidang perikanan untuk mencuba menternak ikan secara kecil-kecilan di rumah.

Aktiviti ini katanya bukan sahaja mampu menyediakan sumber makanan segar untuk keluarga, tetapi juga menjimatkan kos perbelanjaan harian.

BACA JUGA Sebak tengok Steven carikan rumah 7 beranak tinggal dalam kereta

Â