PM Anwar: Elak pertentangan kaum; perbezaan kaum budaya resepi kemakmuran negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia mengelakkan sebarang gejala pertentangan kaum dalam ucapannya sempena sambutan Krismas esok.
Beliau turut menyatakan bahawa perbezaan kaun dan budaya merupakan resipi kemakmuran yang dinikmati di negara ini.
“Sering saya tekankan betapa perbezaan kaum dan budaya adalah resipi kemakmuran kepada mana-mana negara yang mendambakan kerukunan dan keamanan atas dasar dan prinsip hidup berdamping (coexistence),” kata beliau dalam satu hantaran di media sosial.
“Justeru, sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum mesti dielakkan kerana ternyata kita saling memerlu serta melengkapi, terutamanya dalam usaha membina identiti negara bangsa yang berjaya dan berketerampilan.
“Sementalahan, Malaysia tidak seharusnya gagal dan dilumpuhkan hanya kerana kepentingan beberapa kelompok, malah mesti dilonjak nilai dan prinsip keadilan sejagat agar menyemangati hasrat dan harapan besar tokoh dan pendiri bangsa (the founding fathers) yang mahukan negara ini di baris depan menjulang masa depan dan maruah bangsa.
Â