Ramai pakat derma satu sen untuk ustazah Pas
Rayuan Pas untuk ‘derma jihad’ bagi membiayai perintah mahkamah berjumlah RM825,000 yang dihadapi Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad kini menjadi bahan parodi ramai.
Pengguna media sosial berpakat memuat naik resit-resit derma kepada Pas dengan “reference” ayat sinis.
Terdapat banyak resit pemindahan wang dikongsi di Facebook, dengan jumlah paling minimum iaitu satu sen dan lima sen.
Ia tertera “reference” semoga bertaubat, fitnah itu dosa, celaka wahai pemfitnah, berdosa dari membunuh.
Banyak juga karikatur memperli Siti Mastura yang disebarkan orang ramai. Antara karikatur yang menarik adalah karya Zunar.
Pada 4 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Quay Chew Soon mengarahkan Mastura membayar RM300,000 kepada Lim Kit Siang, RM250,000 lagi kepada Lim Guan Eng dan RM200,000 kepada Teresa Kok.
Selain ganti rugi global kepada setiap pemimpin DAP itu, Mastura juga diperintah membayar kos sebanyak RM25,000 kepada setiap plaintif.
Hakim memutuskan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Mastura berunsur fitnah dan pembelaannya atas dasar komen adil, keistimewaan bersyarat, dan penyebaran tanpa niat jahat tidak dapat dibuktikan.
BACA JUGA Ini sebabnya acara lelongan barangan mewah Che Ta hari ini ditunda
Â