Heboh Pemuda Pas ‘kantoi’ ucap Selamat Hari Krismas, netizen sempat ‘screenshot’
Pemuda Pas Malaysia menerusi Facebook rasmi sayap parti pembangkang itu didapati ‘kantoi’ mengucapkan Selamat Hari Krismas.
Hantaran yang menekankan kepada ucapan “selamat bercuti sempena Krismas” itu mulanya diakhiri dengan ungkapan “Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baharu!”.
“Gunakan kesempatan cuti ini untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang dan mempererat hubungan dengan jiran tetangga.
“Inilah saat terbaik untuk kita menghargai keindahan hubungan kekeluargaan dan semangat kejiranan yang erat,” menurut kenyataan dalam poster lengkap gambar Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.
Ucapan selamat Hari Natal yang mulanya dimuat naik tengah hari tadi itu kemudiannya dipadam dalam suntingan hantaran tersebut.
Walaupun begitu, netizen dilihat sempat melakukan ‘screenshot’ sebagai bukti Pas sendiri mengucapkan selamat menyambut perayaan itu.
Walhal, jumhur ulama’ keempat-empat mazhab mengharamkan ucapan tahniah kepada orang bukan Islam sempena perayaan mereka.
BACA JUGA Pemimpin Pas ‘panas’ isu ‘derma jihad’, ramai kecam sanggup lindungi pemfitnah
Â