Memang kumpulan Islam penyambung perjuangan para anbiya’ tapi bukan dari Pas, kenapa?

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi Minda Presiden terbaharunya menegaskan tentang kumpulan Islam sebagai penyambung perjuangan para anbiya’.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, hanya Islam yang telah membuktikan kejayaan memimpin masyarakat majmuk ketika wilayahnya paling besar dan hubungan jaraknya yang jauh di antara wilayah.

“Masyarakat majmuk semua kaum dan penganut agama menerima kepimpinan Islam menjadi penyelamat, bukannya penjajah.

“Jenama ‘Madinah’ menjadi contoh madani yang istiqamah dan berkekalan selama beberapa abad memimpin dunia,” kata bekas Menteri Besar Terengganu sepenggal itu lagi di platform X.

Abdul Hadi Awang

Meskipun ramai bersetuju dengan peranan kumpulan Islam sebagai penyambung perjuangan para anbiya’ tetapi rata-rata menegaskan kumpulan tersebut pastinya bukan dari Pas.

Tinjauan di ruangan komentar akaun X milik Abdul Hadi juga mendapati netizen turut membuat kesimpulan bahawa ajaran Islam menuju kebaikan manakala ajaran Pas dikaitkan dengan kesesatan.

Sementara itu, @uzirazo3174 menulis, “Memanglah kumpulan Islam penyambung perjuangan para anbiya’ tapi bukan dari kalangan Pas… Pas banyak tabur fitnah…”.

Pengguna X, @XremyzemX pula berkongsikan poster tertera ungkapan, “Khawarij dan ulama su dua ancaman umat ini hingga akhir zaman.”

Bagi @pemudamadaniMY, beliau yakin perjuangan anbiya’ tidak dengan fitnah kerana perjuangan anbiya’ adalah dengan kebenaran.

“Entahlah Ustaz, kumpulan yang dakwa dia Islam tapi rajin memfitnah, bagaimana pula ya? Apa perjuangan yang dia sambung tu?” sinisnya.

BACA JUGA Pemimpin Pas ‘panas’ isu ‘derma jihad’, ramai kecam sanggup lindungi pemfitnah

Â