Mengapa pakar mata ini istimewa di sisi PMX?
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkhabaran pemergian seorang pakar mata, Datuk Dr. Ahmad Shukri Mohamed yang pernah merawat beliau ketika berada di dalam tahanan polis pada 26 tahun lalu.
Menerusi hantaran Facebook malam ini, Perdana Menteri berkata, Allahyarham Dr. Ahmad Shukri juga pernah menjadi saksi dengan memberikan keterangan berkait tohmahan terhadap dirinya.
“Inna lillahiwa inna ilaihi rajiun. Menerima perkhabaran duka pemergian kenalan keluarga, Datuk Dr. Ahmad Shukri Mohamed.
“Almarhum adalah pakar mata yang telah memberi rawatan kepada saya tatkala dibantai di dalam tahanan polis pada tahun 1998.
“Almarhum juga antara yang tampil sebagai saksi memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menafikan tohmahan kononnya saya telah mencederakan diri sendiri,” katanya hari ini.
Dalam masa sama, PMX turut mendoakan keluarga Allahyarham diberikan kekuatan oleh Allah SWT.
“Jasa dan keikhlasan Almarhum akan sentiasa terpahat dalam ingatan.
“Mendoakan keluarganya diberi kekuatan dan semoga Allah mengampunkan dosa Alhmarhum, insya-Allah al-Fatihah,” kata Perdana Menteri lagi.
BACA JUGA Ini sebabnya MP PN diminta beristighfar