Bah bakal melanda Kelantan sekali lagi, kawasan mana yang akan terkesan?
Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan mengumumkan bahawa sejumlah sembilan jajahan di Kelantan bakal dilanda bah mulai 29 Disember.
Kawasan-kawasan yang terkesan adalah seperti berikut: Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
“Jabatan ini akan menjalankan pemantauan berterusan dan akan mengumumkan perkembangan terbaru berkenaan ancaman banjir sekiranya jumlah air hujan signifikan berterusan di satu-satu Kawasan,” kata JPS dalam satu kenyataan.
JPS turut memberi amaran bahawa banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh yang dinyatakan itu.
Semua agensi pengurusan bencana, terutamanya di kawasan bah, dinasihatkan agar bersiap siaga
Â