Bayaran guna tapak tangan?

Anda pasti sudah terbiasa dengan bayaran tanpa tunai tapi tahukah anda, kemajuan teknologi membolehkan anda membuat bayaran hanya dengan tapak tangan terimbas.

Kemudahan pembayaran tapak tangan terimbas ini telah dimulakan untuk pemegang kad Visa DBS, OCBC dan UOB di Singapura, lapor Channel News Asia.

Mesin bayaran dengan tapak tangan terimbas ini dibangunkan oleh syarikat China, Tencent.

Pengguna dikehendaki memasukkan data kad kredit mereka.

Kemudian mereka dikehendaki mengimbas tapak tangan mereka di mesin Visa – Tencent Pay by Palm.

Imbasan akan mengumpulkan data biometrik tapi imej imbasan asal tidak akan disimpan.

Teknologi pengenalan tapak tangan Tencent akan akan mengesahkan corak unik tapak tangan dan urat di Bawah kulit.

Setiap kali anda membayar menggunakan tapak tangan, wang dari kad akan keluar.

BACA JUGA: Ini sebabnya MP PN diminta beristighfar

Â