Pengecualian tunggakan denda cukai tanah dan petak 100 peratus, bukan di Kelantan?

Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah mengumumkan pengecualian tunggakan denda cukai tanah dan petak 100 peratus kepada semua pemilik tanah dan petak yang membuat pembayaran dua cukai tersebut mulai 2 Januari hingga 28 Februari.

Perkara ini telah dipersetujui oleh majlis mesyuarat kerajaan minggu lalu, kata Pejabat Ketua Menteri.

Pengurangan tunggakan denda cukai tanah dan petak 50 peritus pula diberikan kepada pemilk yang membuat pembayaran mulai 1 Mac hingga 31 Mei depan.

“Kedua-dua insentif dan tawaran itu turut dipanjangkan kepada pemilik tanah atau petak yang menerima notis denda 6A (cukai tanah) atau notis denda 11 (cukai petak), bagaimanapun tawaran berkenaan tidak dipanjangkan kepada pembayar membuat pembayaran secara ansuran,” menurut kenyataan itu.

Tawaran berkenaan bukan berbentuk retrospektif dan tidak boleh dinikmati pemilik tanah atau petak yang membuat pembayaran tunggakan denda lewat sebelum tarikh pengecualian serta pengurangan dikuatkuasakan.

Inisiatif diatas diperkenalkan kerana terdapat tunggakan denda lewat tinggi melibatkan 40,371 akaun cukai tanah dan 67,537 akaun cukai petak di Pulau Pinang yang berjumlah hampir RM40.1 juta.

“Sekiranya pemilik tidak membuat bayaran cukai tanah serta cukai petak dengan segera, dikhuatiri tanah atau petak mereka akan dilucut hak oleh pihak berkuasa negeri akibat tunggakan bayaran sedia ada.”

Pembayaran boleh dibuat menerusi kaunter hasil Pejabat Daerah dan Tanah atau melalui portal, PgLAND secara sekali gus