Selamat jalan Dr Ahmad Shukri
OLEH: ZUNAR
Semalam (25 Dis) saya menerima khabar bahawa Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed telah meninggal dunia.
Al Fatihah dan takziah kepada seluruh isi keluarga.
Kenapa saya terpanggil untuk menulis catatan ini? Dr Ahmad Shukri ialah doktor mata.
Dialah yang merawat mata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dipukul dalam lokap Bukit Aman oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor pada september 1998.
Dalam kejadian itu, Anwar ditumbuk, ditampar, dikarate sebanyak tujuh kali dalam keadaan tangan bergari ke belakang dan mata tertutup.
Dan selepas itu Anwar pengsan selama 20 jam dan dibiarkan terkapar di lokap Bukti Aman selama lima hari tanpa rawatan perubatan. (Fakta ini adalah menurut catatan yang saya petik dari “Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim” yang dikeluarkan pada April 1999 – Zunar)
Ketika itu kezaliman penguasa pimpinan Dr Mahathir sangat memuncak dengan menyebabkan orang menjadi takut. KL dikuasai FRU dan polis.
Beratus ditangkap dan dimasukkan ke lokap termasuk tahanan tanpa bicara di bawah ISA. Tetapi Dr Ahmad Shukri tampil untuk merawat mata Anwar.
Kerana itu, saya memberikan salute kepada Dr Ahmad Shukri. Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh. Amin.
ZUNAR ialah seorang kartunis politik di Malaysia.
Â