Sijil halal syarat perbaharui lesen perniagaan? Ini kata menteri
Kerajaan tempatan tidak boleh menguatkuasakan pensijilan halal ke atas pengusaha makanan sebagai syarat memperbaharui lesen perniagaan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Beliau menegaskan syarat sedemikian akan melampaui bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang memainkan peranan penting dalam pensijilan halal.
“Kabinet telah memutuskan bahawa kerajaan menggalakkan perniagaan memohon sijil halal tetapi tidak diwajibkan,” kata Nga.
“Ia perlu dijelaskan bahawa ia tidak boleh dipaksa, kita boleh galakkan. Justeru itu kerajaan tempatan perlu mengelak daripada mengambil tindakan bertentangan dengan Jemaah Menteri.
Nga berkata demikian sebagai reaksi kepada pengumuman negeri Kelantan untuk menwajibkan sijil halal sebagai syarat pembaharuan lesen perniagaan.
Usaha ini dimulakan di Majlis Perbandaran Kota Baharu.