GV program kaut keuntungan
OLEH: NORMAN RADZUAN
Terima kasih Man Baiā¦2017 atau 2018 aku pernah menulis program GV ini konsepnya bodoh dan memalukan artis. Ada yg sokong ada yg tidak dan kali ini Man Bai cerita perkara yg sama.
I absolutely agree with you Man. Walaupun vokal Man biasa2 tetapi sikapnya yg berterus terang tu aku suka. GV ini sememangnya program yg memalukan artis.
Sorry hari minggu aku tak berapa suka nak tulis politik dan lebih kpd cerita santai. Masa tu (2017) aku masih ingat ada yg komen , āJuara Lagu pun pertandingan antara artis.ā
Masalah netizen bila semua boleh menulis mereka tak faham, Juara Lagu itu konsepnya bukan pertandingan antara penyanyi tetapi pertandingan lagu terbaik ciptaan komposer.
Dekat luar negara ada pernah kita tonton James Hetfield, Madonna, Bon Jovi, Shakira masuk pertandingan menyanyi dan dihadapan mereka Jay Z, David Foster dan Cher yang menjadi juri komen cara nyanyian artis-artis tersebut?
Di stesen TV kita sahaja yang buat kerja gila ini. Bayangkan yang dah 30-40 tahun dlm bidang ini tiba2 mereka akan dinilai dan dihukum oleh juri.
Bayangkan juga yag di atas pentas itu ada yang menang banyak award, album laris ratus ribu, tiba-tiba hendak dinilai mutu vokal mereka yang sudah berada penghujung karier?
Untuk apa dan tentu memalukan mereka. Pertama mereka bukan masih muda, tentu nafas dah tak panjang dan kadang-kadang tempo lari.
Menyanyi secara live mana ada yang perfect. Jika di studio pun terpaksa berulang kali hanya untuk korus, inikan menyanyi secara live.
Apa yang memalukan? Bila diajar tentang penafasan, tempo, pitching, sebutan dan lain-lainā¦ bukankah ia memalukan artis itu yang 40 tahun dulu albumnya terjual beratus ribu unit.
Kemudian bila penyanyi itu terkeluar sudah tentu ramai yang kata dia rupanya bukan penyanyi yang bagus.
Helloā¦ dlm bidang seni nyanyian, ia tidak perlu penyanyi itu perfectā¦ tapi byk faktor lain seperti tone suara, paras rupa dan aura penyanyi tersebut.
Contoh arwah Mail XPDC menyanyi live memang teruk tapi di studio dia sangat baik. Kemudian konsert XPDC puluhan ribu org dating menonton. Penyanyi skg Ary XPDC sebutan pun ke laut tapi ribuan penonton setia hadir sing along dengannya.
Yantzen disebabkan age factor kini gagal menyanyi dengan baik. Tapi cuba dengar nyanyiannya di era 80an dahuluā¦ akhirnya Yantzen dimalukan di GV.
Jadi penyanyi nak cari yang perfect memang sukar terutama ketika nyanyi live. Tapi itu bukan faktor penentu kejayaan dia diminati atau tidak.
Shafinaz sebagai contoh dia mungkin mahir teknik vokal tetapi cuba minta dia adakan konsert di Zepp, silap-silap kawan dn saudara mara dia sahaja yang hadir.
Jika objektif hendak mengajar artis bukan hadapan public. Sebab tu program ini pertama tujuannya kerana RM semata matanya dan menggunakan artis untuk tujuan itu.
Ramli MS ada respon dari kenyaan Man Bai. Katanya dia tidak mahu komen kenyataan tersebut yang dianggapnya sebagai Tong Kosong.
Aku tak hairan itu responnya sebab berapa bayaran dia terima utk semusim.. ia bukan nilai yg sedikit. Tentulah dia pertahankan program ini sebab tempat dia cari makan.
Jika program AF aku boleh terima kerana konsepnya ia program mencungkil bakat anak muda di dalam sebuah akademi.
Tapi utk otai-tai janganlah memalukan mereka. Mereka itu kebanyakan mempunyai profil yang hebat. Aku tahu org Melayu yang jenis suka berhibur akan pertahankan program ini.
Isunya sekarang kenapa artis terima tawaran untuk sertai program ini? Pertama sudah tentu kerana RM sebab ia berbayar, kedua mungkin kerana mahu mencuri perhatian masyarakat yang mungkin sudah melupakan mereka dan ketiga bersedia untuk dimalukan.
Ā