Hujan berterusan hingga 31 Disember, di mana?
Hujan akan berterusan di Sabah, Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga 31 Disember, umum MetMalaysia dalam Amaran Hujan Berterusan (Waspada) hari ini.
Di Sabah hujan akan berterusan sehingga 30 Disember melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
Amaran sama telah dikeluarkan untuk tempoh 29 hingga 31 Disember untuk kawasan tertentu di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Kawasan tersebut di Kelantan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, dan Kuala Krai. Kawasan terlibat di Terengganu serta Pahang pula meliputi Kuantan, Pekan, dan Rompin.
Â