Bukti untuk Akmal Saleh, Anwar diampun melalui Lembaga Pengampunan

Surat dari Istana Negara yang bertarikh 16 Mei 2018 kembali tular selepas Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mempersoal adakah pengampunan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan.

Pertikaian beliau menghidupkan semula perbincangan ramai, dengan pengkritik mula menegur kelancangan Akmal.

Surat dari Istana Negara kembali tersebar, menyebut dengan jelas bahawa rayuan pengampunan penuh Anwar telah dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan enam tahun lalu.

Surat rasmi itu ditandatangani Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz.

“Rayuan pengampunan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR telah dibentangkan dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51 pada 16 Mei 2018.

“Selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan dinasihatkan oleh Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah menitah perkenan bahawa rayuan pengampunan penuh Anwar dibenarkan dan diberikan pembebasan serta merta kepada beliau berkuatkuasa mulai dari tarikh persidangan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya”.

Demikian tertulis pada surat rasmi Istana Negara.

Sebelum ini Akmal mempertikai pengampunan yang diberikan kepada Perdana Menteri pada Mei 2018, mempersoal adakah ia telah melalui Lembaga Pengampunan.

Ini kerana katanya, ketika itu Kabinet masih belum dibentuk oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sekadar pertanyaan kepada Peguam Negara, ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat pengampunan dari Yang di-Pertuan Agong ketika itu, ada ke dibawa ke Lembaga Pengampunan?” katanya menerusi kenyataan di Facebook semalam.

BACA JUGA Pas dan fitnah ibarat isi dengan kuku, kata Sheikh Umar

Â