Rakaman tunjuk bagaimana pesawat bawa 181 orang terhempas di Korea Selatan

Sebuah pesawat yang membawa 181 penumpang dilaporkan terbakar ketika cubaan mendarat di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan.

Menurut laporan AFP, sekurang-kurangnya 28 terkorban.

Dalam rakaman yang disiarkan stesen TV tenpatan, pesawat Jeju Air, penerbangan 2216 cuba mendarat tanpa gear pendaratan yang digunakan.

Pesawat itu tergelincir di atas tanah, merempuh tembok konkrit sebelum meletup dan dijilat api.

Pesawat malang itu hampir musnah akibat letupan yang berlaku.

Ia membawa 181 penumpang dan enam kru kabin yang sedang dalam penerbangan pulang dari Bangkok, Thailand.

Menurut laporan awal, dua individu ditemui masih hidup ketika misi menyelamat diteruskan, lapor agensi berita Yonhap.

Seorang pegawai lapangan terbang yang dipetik Reuters berkata, pihak berkuasa sedang berusaha menyelamatkan mangsa di bahagian ekor pesawat.

Gambar yang dikongsi media tempatan menunjukkan asap dan api marak membakar sebahagian pesawat tersebut.

Pemangku Presiden Choi Sung-mok, yang dinamakan sebagai pemimpin sementara negara itu, mengarahkan usaha menyelamat dilaksana habis-habisan, kata pejabatnya.

Jurucakap Jeju Air berkata, syarikat penerbangan terbabit sedang melakukan semakan laporan insiden.

Agensi berita Yonhap belum mengeluarkan butiran lanjut mangsa terkorban.

BACA JUGA Tular video jemaah serba putih ‘berzikir’ depan kubur

Â