Gara-gara karikatur kontroversi, Fahmi Reza dicari polis
Pereka grafik kontroversi, Fahmi Reza kini sedang diburu pihak polis ekoran poster karikatur terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11, Tun Musa Aman.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata pihaknya telah menerima lebih 30 laporan di seluruh Sabah terhadap aktivis berkenaan.
“Setakat ini, kita menerima lebih 30 laporan berkaitan individu ini (Fahmi Reza) dan kertas siasatan telah pun dibuka.
“Kita mencarinya untuk dia bertanggungjawab atas perbuatannya dan pihak polis akan memastikan siasatan ke atas kes berkenaan diteruskan,” katanya menurut Berita Harian.
Jauteh berkata, pihaknya percaya Fahmi masih berada di Sabah dan mungkin hadir pada perhimpunan aman dianjurkan Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) di hadapan Menara Kinabalu, petang esok.
Katanya, Fahmi dikehendaki polis untuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 dan akan mengambil tindakan jika individu itu hadir pada perhimpunan berkenaan.
“Polis sedang mencarinya (Fahmi) untuk siasatan di bawah Akta Hasutan 1948. Jadi yang lain jangan terpengaruh dengan provokasinya kerana kita sudah terang-terangan menyatakan bahawa polis mencarinya di bawah akta itu,” katanya lagi.
BACA JUGA JPJ serbu mengejut Puspakom, kantoi ada kenderaan tak selamat tapi dilepaskan
Â