Pelawak veteran ditahan di Jeddah kerana ‘sayur’, ini tak lawak
Dipercayai memiliki dadah jenis ganja yang juga digelar ‘sayur’ dalam kalangan tahi ganja, seorang pelawak dipercayai kategori veteran dilaporkan telah ditahan di Jeddah.
Memetik Utusan, pelawak itu ditahan ketika dalam perjalanan menunaikan umrah dua bulan lalu di Lapangan Terbang Jeddah.
Difahamkan, lelaki berkenaan masih berada dalam tahanan bagi tujuan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Pelawak tersebut dikatakan menunaikan umrah bersama rakan-rakannya tetapi ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.
BACA JUGA Pas gelar ‘Madani Jahiliah’, anggap PH pula wakil penjajah
Â