Kapsyen ‘New Year clean up’ mengundang tafsiran, rakyat berteka-teki tentang ini
Hantaran pertama Perdana Menteri di media sosial beliau sempena tahun baharu 2025 dengan kapsyen ‘New Year clean up’ dilihat mengundang tafsiran orang ramai.
Gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak kereta sorong itu meraih reaksi dan komen positif daripada pengikutnya di Facebook, X dan Instagram.
Selain dipuji sebagai seruan kepada gaya hidup sihat, ramai juga berpendapat hantaran PMX itu sebagai isyarat kepada rombakan Kabinet.
Meninjau di ruangan komentar di X, rata-rata menganggap “pembersihan” Kabinet akan dilakukan tidak lama lagi.
“Saatnya bersih-bersih, termasuk mencuci Kabinet ‘kah, Datuk Seri?
“Terbaik DS @anwaribrahim. Nampak gaya Kabinet sekarang pun akan ada pembersihan tak lama lagi. Mana menteri yang tak function tukar cari lain. Yang perform kita kekalkan.
“Sampai dua pengaut tu Datuk Seri. Deep clean ke?” demikian antara komentar orang ramai.
BACA JUGA Madani Jahiliah: Kokok berderai-derai, ekor bergelumang…
Â