Caruman wajib KWSP melibatkan pekerja bukan warganegara bawa masuk berapa ringgit kepada Malaysia?
Caruman wajib KWSP oleh pekerja bukan warganegara akan menyalurkan RM1.7 billion dalam bentuk aliran wang kepada pasaran ekuiti domestik, kata AmInvestment Bank.
Menurut Laporan Sektor bank berkenaan, anggaran tersebut adalah berdassarkan kehadiran 2.5 juta pekerja asing dengan gaji minima RM1,700 yang digabungkan dengan caruman pekerja sebanyak 11 peratus dan caruman majikan 13 peratus.
Perkara ini disebut di dalam laporan tahunan 2023 bank tersebut.
Pelaksanaan inisiatif ini adalah bergantung kepada pindaan kepada Akta KWSP 1991.
Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyeru syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk mengurangkan pelaburan luar dan menumpukan fokus kepada pasaran domestik di dalam Belanjawan 2025.
Â