Ingatkan buat umrah rupanya dipenjara 6 bulan di Jeddah
Seorang pelawak rupanya sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di Jeddah, Arab Saudi.
Dia yang dipercayai kategori veteran ditahan di negara itu pada Oktober lalu kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah.
Lapor BH, hukuman penjara itu dijatuhkan ketika perbicaraannya November lalu.
“Berdasarkan penghakiman, dia dijangka selesai menjalani hukuman penjara itu pada April ini,” kata sumber kepada BH hari ini.
Kelmarin, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dilapor mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah.
Dia ditahan selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun identitinya tidak didedahkan.
BACA JUGA Teruk tunggang Islam, realitinya judi dan arak meriah ketika Pas jadi kerajaan
Â