Kiasan ayam betina, biawak: Apa kata Ketua Pemuda UMNO kepada MP Pas?

Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meminta Ahli Parlimen Pasir Mas, Fadhli Shaari menjelaskan maksud hantaran berbentuk kiasan yang menyebut tentang ayam betina dan biawak.

Reaksi Akmal itu susulan hantaran Fadhli yang dikaitkan banyak pihak dengan keputusan UMNO membatalkan himpunan solidariti bagi menyokong Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman Putrajaya, pada 6 Januari ini.

“Saya minta YB untuk beritahu secara terus apa maksud kiasan YB ya.

“Kias-kias ni bukan anak jantan YB.

“Kalau tak sanggup nak beritahu, kita jumpa 6/1 (6 Januari) ini untuk kita tanya YB (Yang Berhormat) secara berdepan ya,” kata Akmal menerusi hantaran ringkas di Facebook hari ini.

Hantaran Fadhli itu meskipun tidak menyatakan untuk siapa ditujukan tetapi dinilai banyak pihak sebagai seolah-olah menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Disangka jantan berkokok nyaring, rupanya ayam betina bertelur sebiji. Disergah biawak, digadai reban,” kata Fadhli di Facebook yang kemudiannya menuai kecaman dan sindiran orang ramai.

@harunmohdshah

Pas Takkan Beria Hadir Himpunan Najib Kalau Dalam Umno Masih Ada Orang Yang Bermuka Seperti Akmal Akmal Beban Kerajaan Perpaduan #akmalsaleh #kerajaanperpaduan #himpunannajib

♬ original sound – harunshah1991 – harunshah1991

BACA JUGA Perjelas maksud ‘ayam betina’, ‘biawak’ atau MP Pas dipalit gelaran biadap terhadap Agong

Â