Pas menentang DAP kerana apa sebenarnya?

Oleh CHE IBRAHIM MOHAMED

1) Adakah kerana Islam?

Kalau Pas lawan DAP kerana DAP telah menghina Islam, mengancam Islam, mengapa tidak kedengaran pihak lain yang menentang, adakah hanya Pas yang sensitif dengan Islam?

Mengapa tidak dibuat aduan atau usul dalam Parlimen supaya DAP diharamkan kerana telah mengancam Islam?

2) Adakah kerana Hannah Yeoh sebar Kristian?

Kalau Pas ada bukti Hannah Yeoh telah menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam, kena buat laporan biar polis igat.

Setakat tidak puas hati kerana Hannah mengaku dalam buku dia bahawa dia Duta Tuhan, pengakuan itu bukan menjadi satu kesalahan dan selaras dengan kepercayaannya sebagai penganut Kristian.

Orang Islam mengaku dia Khalifah Allah, tiada pun orang Kristian marah, itu kepercayaan agama masing-masing.

3) Pas marah kerana Kor Ming buat sambutan Krismas di Pejabat Kementeriannya?

Sekarang ini, sambutan Krismas sudah jadi perayaan kaum, bukan lagi perayaan agama.

Semua sambutan Krismas adalah terbuka kepada semua orang, bahkan di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas ada sambutan Krismas.

4) Pas lawan DAP kerana politik?

Watni ambo rasa ada juga relevannya, tapi ada tujuan Pas lawan DAP sedangkan DAP bukan lawan Pas dalam pilihan raya.

DAP bertanding di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu, kalau Pas bertanding pun sah hilang deposit.

5) Selepas itu sebab apa?

Ambo rasa sebab Pas takdak kerja jah, dia pun tak tahu nak lawan siapa.

Nak lawan PKR, mereka mengharapkan PMX bantu mereka.

Nak lawan UMNO, mereka masih menaruh harapan untuk bersama UMNO.

Nak lawan AMANAH, muga sekian lama Pas perkecilkan dan perlekeh AMANAH, takkan nak lawan pula?

Nak lawan MCA, MIC, Gerakan… mereka kawan kita.

Atau kena lawan Bersatu… mereka juga kawan kita.

Pilihan yang ada ialah lawan DAP walaupun DAP tidak terkesan dengan serangannya.

BACA JUGA Pas anggap UMNO ayam betina, siapa pula yang biawak tu!

Â