Suami yang dirampas, kenapa kereta aku jadi mangsa?
Seorang wanita yang memiliki kereta Honda Civic dan dituduh sebagai perampas laki orang mempersoalkan mengapa keretanya itu dimangsakan.
Dalam satu hantaran media sosial yang tular, wanita tersebut mahu pihak yang bertanggungjawab menconteng kereta Honda Civicnya itu dengan kata-kata perampas laki orang tampil dan bertanggungjawab di atas perbuatan khianat itu.
“I minta sesiapa yang conteng kereta ni tampil mengaku kesilapan sebelum I sendiri yang cari. Dah tahu I perampas laki orang, kenapa kereta I jadi mangsa?
“Adakah sebab kereta I jenis Honda buat ramai pihak iri hati? Kalau tak mampu pakai Civic, pakailah kereta sorong. Jangan nak dengki sesama bangsa.
“Ya, I mengaku I perampas laki you sebab laki you hensem, hidung mancung ada lesung pipit, so what?”
Turut disertakan gambar kereta tersebut.