MET Malaysia: Luruan monsun kuat akan mula pada 9 Jan

MET Malaysia menjangkakan luruan monsun kuat akan bermula pada 9 Jan hingga 13 Jan.

Luruan ini akan menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan di timur dan selatan Semenanjung Malaysia.

Pantai Barat Semenanjung Malaysia juga berisiko berdepan hujan berterusan.

Berikutan daripada luruan monsun kuat ini juga, perairan Laut China Selatan dijangka mengalami angin kencang dan laut bergelora.

“Keadaan ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan laut. Kenaikan paras air laut turut dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan serta berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai.”

Amaran dan ramalan terkini MET Malaysia boleh diperoleh menerusi medium sebaran rasmi iaitu laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia.

BACA JUGA: Anwar antara 10 pemimpin dunia yang diperhatikan pada 2025, kata media Singapura

Â