Adendum dan semakan kehakiman: Apa perlu anda tahu?
Oleh LIYANA MARZUKI
Adendum ini senang cakap, maksudnya lampiran. Tambahan dari apa yang diputuskan.
Pada Februari 2024, saya antara yang tertunggu-tunggu apa keputusan pengampunan Najib Razak.
Ramai yang menanti apa kerajaan nak buat. Sebab Najib Razak minta pengampunan penuh dan lepas bebas. Kita tahu Agong lama dah habis tempoh 31 Januari, dan dia dah dengar rayuan pengampunan.
Ketika itu, media luar negara sudah keluarkan gosip. Najib dapat pengampunan separuh. Kena tekanan lepas dua hari, kerajaan umumkan.
Itulah keputusan yang dibuat. Hukuman Najib dikurangkan dari 12 tahun ke enam tahun penjara bersama RM50 juta denda dari RM210 juta sebelumnya.
Makanya, kerajaan dibantai kiri dan kanan. Majlis Peguam cabar keputusan pengampunan separuh Najib.
Mereka tidak setuju kes berprofil tinggi sebegitu senang-senang dapat ampun separuh. Pada masa yang sama, geng UMNO mengamuk. Mana dia pengampunan penuh?
Kerajaan bertahan, pertahankan apa yang Agong dah buat keputusan. Tiada ketika itu timbul isu Tahanan Rumah, seorang pun tak berbunyi. Media luar negara pun tak dapat gosip sebegini.
Mana datangnya titah tambahan? Adendum atau Lampiran kepada Titah Pembebasan Awal?
Ia datang enam bulan selepas itu, apabila Tengku Zhafrul bisik-bisik dengan pemimpin UMNO, ada titah tambahan. Pergilah risik-risikkan. Makanya Presiden UMNO buat afidavit.
Katanya dia dengar itu Lampiran memang ada. Lampiran Titah minta Najib kena tahanan rumah sahaja.
Eh… ada pula Titah Tambahan? Maknanya bukan diskaun sahaja, Najib dapat bebas dari penjara? Lepak rumah belaka?
Makanya, kena lagi Kerajaan dibantai kiri dan kanan. Penyokong sendiri yang marah hari tu Najib dapat ampun separuh, mengamuk lagi. Apahal ni? Dahlah dapat diskaun, dapat tahanan rumah lagi.
Yang geng Umno pula, pressure juga. Mana dia keadilan kepada bekas Presiden mereka? Mereka nakkan Najib keluar penjara.
Makanya Peguam Najib mulakan proses Semakan Kehakiman. Meminta mahkamah campur tangan.
Semakan ke atas keputusan Lembaga Pengampunan, dia nakkan tahanan rumah, bukan dipenjara. Berlandaskan Titah Tambahan tadi.
Yang sampai sekarang tiada siapa mengaku ada original copy.
Najib menang semalam bukanlahlah bermaksud dia dah dapat tahanan rumah.
Semakan Kehakiman ini ada dua proses ya. Satu kena lepas proses Leave/ Kebenaran. Maknanya, mahkamah kena setuju dulu anda ada hak nak cabar keputusan kerajaan.
Lepas Mahkamah putuskan level 1, barulah kita dengar fakta kes, boleh ke tidak Najib dapat apa yang dia nak.
Yang semalam tu Najib lepas stage 1. Maknanya mahkamah dah bagi dia hak cabar keputusan Lembaga Pengampunan. Bukan sahaja bagi diskaun ya, dia nak juga tambahan tahanan rumah dan bebas penjara.
Itu level kedua, sama ada Najib dapat ke tidak, panjang lagi ceritanya.
Berdrama
Lagi satu dari episod ni. Pengundi sudah boleh nampak perangai politikus Malaysia.
2018 kononnnya “nak Selamatkan Malaysia. Kita nak Malaysia Baharu. Jatuhkanlah Penyamun dan Penyangak 60 tahun. Nak sekongkol komunis DAP pun tak apa. Buat apa sahaja asal dia jatuh jua”.
2024 katanya pula “Najib dizalimi. Kita kena tegakkan hak peribadi. Ini semua salah DAP!”
Sama je perangai depa dengan British. Pecah dan perintah yang diguna. Hanya kerana kemaruk kuasa.
Yang pastinya, mereka akan berdrama bila ada kepentingan.
Isunya, rakyat dan negara siapa yang tengokkan?
BACA JUGA Tujuan Pas anjur himpunan Adendum Najib terbongkar bila Supol MB Kedah bersuara