Himpunan Solidariti Najib: Ahli Pas tahu pimpinan mereka main wayang

Ahli Pas tahu pimpinan mereka main wayang dan itu merupakan faktor kehadiran penyokong Pas yang berhimpun di depan Istana Kehakiman sangat sedikit, dakwa pemimpin Umno.

“Kenapa tidak ramai penyokong PAS dan Bersatu berhimpun depan Istana Kehakiman? Kononnya 10,000 orang. Tetapi ikut laporan media 900 orang sahaja. Itu termasuk ahli Umno yang memang setia ke mahkamah setiap kali Najib ada perbicaraan.

“Sebabnya ahli Pas tahu pemimpin mereka main wayang. Dalam PAS tidak ada agenda membela Najib,” kata ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi.

“Bahkan Pas sering guna isu Najib untuk memburukkan UMNO.

“Justeru mereka tidak datang bukan kerana menjunjung titah YDP Agong. Kali ini mereka tidak solid ikut arahan pemimpin PAS kerana berpura pura sokong Najib.

Beliau berkata demikian dalam ulasannya terhadap himpunan solidariti kepada mantan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. Himpunan itu anjuran Pas.

Â