Lesen syarikat pengusaha pelancongan dibatalkan. Apa jadi?

Lesen operasi pengusaha pelancongan Syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn Bhd telah dibatalkan, berkuatkuasa 6 Januari, umum Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya dalam satu kenyataan.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482], MOTAC telah memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn Bhd 199101018586 (228897-D) dengan nombor lesen 2992 berkuat kuasa mulai 6 Januari 2025,” kata MOTAC.

“Langkah itu bagi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI,” ujarnya.

Syarikat ini dilaporkan gagal mengembalikan deposit kepada lebih 100 individu termasuk pelancong asing yang menempah pakej selam skuba.

Tempahan tersebut memerlukan deposit 50 peratus