‘Kalau tak buat video, tak tahu anak dia pakai beg sekolah LV RM20,000’
Seorang ibu tiga anak berkongsikan rakaman video melayan anak perempuannya yang mahu memakai beg sekolah berjenama mewah LV mencecah harga kira-kira RM20,000.
Menerusi perkongsian di TikTok, Farhana Zahra dipercayai berasal dari Kelantan seolah-olah mengeluh dengan gaya hidup kanak-kanak zaman ini.
“Zaman kita dulu mana ada macam ni, budak-budak sekarang nak yang mahal-mahal.
“Kita dulu pakai jenama Swan… heret pakai roda pun rasa on top di sekolah,” katanya yang mempunyai 1.7 juta pengikut itu.
Tertera juga pada kapsyen video pertanyaaan dan ‘keluhan’ wanita berkenaan.
“Beg sekolah anak uols harga berapa? Kena kerja keras lagi ni, sebab zaman sekarang takde harga macam zaman kita dulu,” tulisnya yang juga dikenali sebagai Cikna.
Dalam rakaman video itu, pengusaha produk berkenaan mulanya bertanyakan mengenai beg sekolah anak-anaknya ketika sedang berbelanja di sebuah pasar raya terkemuka.
Anak sulungnya kemudian merayu mahukan beg sekolah berjenama LV dan Cikna dilihat selamba saja membelinya.
“Kalau tak dapat semua (gred) A belajar nanti, ibu bagi hadiah penumbuk,” kata Cikna bernada lembut kepada anaknya itu sambil berbual dengan rakannya di butik mewah tersebut.
Rata-rata berpendapat tidak salah wanita berkenaan membelikan anaknya beg sekolah berjenama kayangan memandangkan beliau berkemampuan.
Dalam masa sama, ada yang nampaknya menyindir termasuk berkata mujur usahawan berasal dari Kelantan itu berkongsikan rakaman video tersebut, barulah orang ramai tahu anaknya memakai beg golongan T20.
BACA JUGA Pas jilat ludah sendiri sokong penyakau, terdesak bukan demi selamatkan Malaysia