LKIM:20,000 mohon lesen nelayan, 8,000 dah dapat
Lebih 20,000 permohonan lesen nelayan pantai diterima oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Setakat ini lebih 8,000 lesen nelayan pantai telah diluluskan, kata pengerusinya Faiz Fadzil.
lesen berkenaan sebelum itu dibekukan dan dibuka semula pada tahun 2018 dengan agenda membolehkan anak-anak muda nelayan mempunyai pekerjaan dan pendapatan, sekali gus menampung keperluan dan keterjaminan makanan negara.
“Kita melihat kepada kekosongan yang ada dan keperluan yang perlu ada Zon A. Kita diperingkat LKIM cuba membantu dan Alhamdulillah menghargai Jabatan Perikanan yang meluluskan banyak lesen kepada nelayan,” kata Faiz.
Beliau ditemui pemberita selepas program Rahmah Mesra Madani Bersama Nelayan di Kg Pengkalan Bujang, di sini.
Sebanuak 400 permohonan lesen nelayan pantai dibuat di Kedah dan di kawasan nelayan Pengkalan Bujang terdapat 27 permohonan dengan tujuh daripadanya telah diluluskan.
Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan “Touch Point” berupa 14 unit jaket keselamatan kepada nelayan dan menyampaikan Bantuan Bakul Makanan Harian kepada 20 keluarga nelayan.