PM Anwar: Oooh… Pas mahu saya letak jawatan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan tuntutan Pas agar beliau meletakkan jawatan berhubung isu titah addendum rayuan bekas perdana Menteri Najib Razak.

Anwar hanya tersenyum sambil berkata “oooh” sebelum berlalu bersama rombongannya apabila ditanya wartawan pagi ini.

Sebelum itu beliau melancarkan Forum Ekonomi Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Gesaan oleh Pas dibuat ekoran dakwaan pimpinan parti tersebut yang mengatakan Anwar menyembunyikan titah tambahan yang akan membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan rumah.

Semalam jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil telah menyangkal dakwaan tersebut.