Dokumen sangsi, lebih baik percaya pada mahkamah

Oleh LIYANA MARZUKI

Politik ini permainan strategi. Strategi mendapatkan undi.

Dalam mendapatkan undi, realiti itu perkara kedua, persepsi yang paling utama kerana mereka tahu, bila bab politik, pengundi lebih banyak guna emosi dari akal yang ada.

Contohnya, Master Propagandis 100 tahun. Kita tengokkan seninya. Masa zaman nak Malaysia Baharu, segala macam kata digunakan.

Orang putih kata “throw the kitchen sink” terhadap PM6, nak jatuhkan dia. Tak habis-habis diratib Penyangak dan Penyamun nak menjahanamkan Malaysia.

Tapi bila PM6 lagi berapa inci nak dapat tahanan rumah, dia diam saja. Tak berdehem sedikit pun. Posting dibuat attack PM lain pula, divide and rule dengan politik bangsa.

Bagaimana mainan persepsi boleh digunakan untuk dapat apa yang politikus hajati, selalunya detach dari realiti.

Banyak persamaan

Contoh lain saya nak dedahkan hari ini. Mengenai dokumen yang saya sangsi terutamanya dalam kes Najib Razak.

Setelah saya lihat dan kaji, now it strikes me. Dokumen-dokumen kes Najib ada banyak persamaan.

Yang pertama, Surat Derma Raja Arab. Yang kedua, Surat SPRM mengenai Hakim Nazlan dan yang ketiga Perintah Addendum Diraja.

Apa yang strikingly similar?

  • ia dibocorkan melalui Whatsapp & Blogger. Blogger Utama: Arwah Raja Petra
  • dokumennya kita doubt atau sangsi kesahihan. Seperti Surat Raja Arab, ada petikan sama sejibik dengan petikan surat Jho Low dari Eric Tan. Mahkamah Rayuan pun cakap, bukti surat Raja Arab ni tak diterima. Banyak sandiwara sahaja.
  • Mahkamah selalunya reject ia. Mengenai surat Raja Arab, Mahkamah kata ia hikayat seribu satu malam. Kerana maker/ penulis surat tak dipanggil di Mahkamah dan surat diberi fotostat pula. Macam mana nak percaya? Dalam surat SPRM mengenai siasatan Hakim Nazlan, Mahkamah putuskan banyak intipatinya tiada kaitan. Tiada bukti wang masuk dalam akaun Hakim. Tiada bukti rasuah seperti yang difitnah.

Modus operandi

Dalam isu adendum baru-baru ini, modus operandi (MO) seperti sama. Mula-mula cerita-cerita dikeluarkan blogger: Arwah Raja Petra terutamanya.

Bila masuk di Mahkamah hanya afidavit sahaja. Cakap dengar yang tiada dokumen depan mata. Makanya Mahkamah Tinggi tolak kerana hearsay saja.

Sebulan lepas, Penasihat Undang-Undang Pahang sahkan istana takkan keluar kenyataan. Alih-alih 4hb, 2 hari sebelum pendengaran, ada surat dari pegawai istana sahkan ada adendum pula bukan diberi kepada kerajaan, tetapi kepada anak Najib. Hmmmm….

Itu yang dibawa masuk mahkamah. Bukan Addendum ya, cuma surat dari pegawai istana.

Makanya, Hakim Mahkamah tak sekata, satu Hakim Wanita menolak dan 2 Hakim lelaki pula terima. Tapi bukan terima adendum itu sahih. Terima ada kes boleh dibicara. Belum lagi cakap addendum tu sahih atau benar.

Untuk rekod, tiada salinan Addendum dimasukkan di Mahkamah ketika itu. Tetapi selepas itu, dalam press conference Lawyer Najib tetiba pulak dia baca addendum yang tiada tandatangan Agong.

Hmmmm… more than meets the eyes di sini. Dalam Mahkamah Tinggi nanti kita perhalusi.

Permainan persepsi

Seperti biasa, politik ini permainan persepsi. Salah betul belakang kira, dapatkan undi dan kuasa paling utama.

Kita belajar, ada tiga cabang pentadbiran negara. Parlimen, Kabinet dan Mahkamah. Parlimen dan Kabinet playground politikus. Mahkamah pula bukan orang politik. Hakim belaka.

Hakim dan politician ini setara dalam demokrasi. Mereka semak dan imbang sesama mereka untuk lindungi rakyat dan negara.

Paksi mereka juga berbeza. Gelanggang politik ini dibina melalui persepsi. Gelanggang mahkamah pula tekankan pada realiti. Things won’t fly kalau takde bukti.

Kalau tanya pada saya, mana satu saya nak percaya. Walaupun tidak 100 peratus perfect, saya percaya lagi mahkamah dari politikus.

Ada sikit kita boleh sandarkan harapan, kerana ia pakai undang-undang atas kertas yang jelas. Bukan seperti politik, undang-undang rimba yang tiada batas.

Bagi kita pengundi di zaman edan (read: gila). Kita tak tahu yang mana tipu, yang mana benar.

Tips saya bagi untuk pengundi. Jangan bergantung dengan “fakta” dalam media sosial. Kita baca, alih2 confuse mana satu nak percaya.

Ajar diri kita, bila dengar suatu perkara, lebih afdal cari bukti yang mendukungnya dan nilaikan sendiri. Jangan pajak otak dan gantung harap pada orang lain.

At the end, tepuk dada dan tanya iman. Mudah-mudahan kita ditunjukkan kebenaran.

BACA JUGA Masalah penyokong Pas di Kelantan ‘selesai’ bila banner janji kemudahan jalur lebar hilang