Dua hari hujan tak berhenti, mangsa banjir di Johor meningkat kepada 1,263

Beberapa penduduk di Johor bimbang ekoran hujan yang dimaklumkan sudah dua hari berterusan.

Ia menyebabkan mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 1,263 orang setakat jam 1 tengah hari tadi berbanding 335 orang daripada 124 keluarga malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, setakat ini empat daerah terjejas antaranya Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Kulai.

Kota Tinggi merekodkan mangsa paling ramai iaitu 1,034 orang dari 333 keluarga. Sebanyak 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka.

Pontian: 75 mangsa dari 27 keluarga. Tiga PPS dibuka.

Kluang: 93 mangsa dari 27 keluarga. Dua PPS dibuka.

Kulai: 64 mangsa dari 19 keluarga. Dua PPS dibuka.

Sementara itu Kedah dan Perak mencatatkan jumlah mangsa banjir tidak melebihi 55 orang dengan masing-masing hanya membuka 1 PPS sahaja.

BACA JUGA Minggu paling sibuk untuk Anwar, ‘back-to-back’ PM negara jiran datang

Â