Keseluruhan 10 ekar penaman cili dengan 40 ribu polibeg sudah 29 kali dituai hasilnya dan peserta sepenuh masa 20 orang – Mohamad

FOTO BERITA: Lawatan Kerja YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ke Projek Ladang Satelit Ehsan Tani Ladang Satelit Ehsan Tani. Turut hadir YBhg. Dato’ Wira Haji Mahfuz Bin Haji Omar Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Sungai Kelambu, Banting, Selangor. 13hb Januari 2025 (Isnin)

Pelaksanaan Projek Ladang Satelit Ihsan Tani di Daerah Kuala Langat ini adalah satu inisiatif pertanian yang sangat berpotensi dan berperanan penting dalam meningkatkan pengeluaran hasil pertanian negara, khususnya dalam sektor tanaman cili.

Sistem fertigasi yang digunakan dalam projek ini merupakan satu kaedah pertanian moden yang dapat memastikan pengurusan air dan nutrien tanaman lebih efisien, sekaligus meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil.

Dengan kerjasama komuniti Sungai Kelambu dan pengurusan Pusat Pertanian Komuniti (PPK) Kuala Langat, projek bertujuan untuk memberikan sumbangan besar dalam memperkasa komuniti tempatan serta meningkatkan hasil pertanian melalui penggunaan teknologi moden.