Cakap bukan main lagi… Siti Kassim sekolahkan Adun Pas

Peguam sensasi, Siti Kassim mengecam ucapan seorang Adun Pas yang melabel Perdana Menteri sebagai pemimpin “main punggung” dalam satu ceramahnya.

Walaupun Siti Kassim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kassim lantang mengkritik kerajaan, namun dia juga tidak bersetuju dengan ucapan wakil rakyat berkenaan yang dianggap keterlaluan.

“Kita kritik PM kita tapi tak adalah kita cakap benda macam itu.

“Saya yang orang (anggap) liberal pun tak pernah memburukkan sesiapa, tapi pak lebai pak lebai yang begitu alim kononnya, fuh dia punya memburukkan Anwar Ibrahim..

“Anda semua kena tengok video penuh dia. Dahsyat dia cakap tu… hanya kerana nak bandingkan Anwar dengan Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam satu video di TikTok.

Siti Kassim berkata, kualiti pemimpin-pemimpin Pas seperti inilah yang memalukan agama Islam dan orang Melayu.

“Mangkuk-mangkuk macam ini sepatutnya humban je dalam penjara. Cakap bukan main lagi suka hati. Tapi itulah tak ada tindakan yang diambil. Inilah orang yang cakap main lepas macam dia tu sempurna,” katanya lagi.

Terdahulu dalam satu klip video pendek tular di TikTok, Adun Pas, Wan Rohimi Wan Daud dipercayai membuat ucapan yang dituju kepada PMX

Dia mendakwa tidak pernah ada dalam sejarah pemimpin yang juga bekas banduan diangkat sebagai pemimpin.

Dia berkata kes Anwar “bukan lekeh-lekeh” kerana dipenjarakan atas kesalahan apa yang disebutnya sebagai “main punggung”.

BACA JUGA Saifuddin tunjuk contoh baik tidak campur tangan siasatan anak

Â