KWSP dan Saham MAHB

OLEH NAZRI HAMDAN

Dr Wee Ka Siong Presiden MCA kritik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai pelaburan dalam Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB). Katanya, kenapa KWSP jual saham pada RM 6.74 dan kemudian beli balik pada RM 11 melalui General Offer (GO).

Pertama sekali bila saya terbaca ulasan Dr Wee ni, kesimpulan awal saya adalah samaada beliau atau penasihat beliau yang bangkit pasal isu ni tak faham apa itu GO dan kenapa harga GO normally diletak di atas market price.

Jadi, komen dari Dr Wee ni senang buat orang triggered sebab orang mudah marah KWSP jual pada harga rendah dan beli balik pada harga mahal. Senang cakap, orang senang dapat persepsi bahawa KWSP rugi.

Kalau kita tengok carta harga saham MAHB dia tak cecah pun RM 11. Tapi kenapa bila KWSP beli saham ni melalui GO harganya RM 11 dan soalan kedua adalah, adakah harga RM 11 ni wajar?

Sebelum kita pergi mengenai saham MAHB ni, kita kena faham dulu apa isu yang lebih besar pasal MAHB ni. Isu MAHB ni dah wujud sejak tahun 2013 lagi.

Rangkaian lapangan terbang MAHB telah mengalami kekurangan pelaburan, baik dalam mengekalkan aset teras dan sistem serta dalam projek baharu untuk mengembangkan kapasiti.

Sepanjang lima tahun lepas, MAHB telah membelanjakan hanya RM1.3 bilion berbanding Lapangan Terbang Changi sebanyak RM18.9 bilion, RM8.1 bilion oleh Angkasapura I dan II Indonesia dan RM6.8 bilion oleh

Adalah mustahil MAHB dan airport Malaysia boleh bersaing tanpa pelaburan modal yang besar. Daya saing akan terus morosot. Jadi, MAHB perlukan kemampuan kewangan nak upgrade airport mereka.

Penstrukturan semula milikan saham MAHB akan membolehkan mereka bersaing semula di peringkat global dengan kemampuan kewangan yang lebih besar.

Sebenarnya, selepas KWSP jual saham MAHB, boleh saja mereka tak beli balik. Tapi disebabkan perancangan kerajaan untuk naikkan semula daya saing MAHB, KWSP perlu membuat GO kepada MAHB.

GO bukanlah proses trade saham macam biasa. Ia adalah dibuat melalui institusi untuk membolehkan mereka mengawal syarikat itu. Jadi, bila KWSP nak beli saham MAHB, mereka kena buat GO di atas harga pasaran untuk membolehkan pemegang saham MAHB bersetuju dengan tawaran ini.

Di sini, kita perlu faham beza harga nilai semasa dan premium. Walau harga semasa itu menunjukkan harga pasaran, tapi ia tak bermaksud ia adalah harga yang pemegang saham sanggup terima untuk lepaskan pegangan saham mereka.

Untuk membuatkan tawaran ni menarik, premium akan ditawarkan. Jadi ia seolah bagi insentif kepada pemegang saham untuk lepaskan pegangan saham mereka.

Soal seterusnya, kalau ikut cakap YB Dr Wee ini merugikan KWSP bila beli pada harga RM 11 sesaham melalui GO. Benarkah begitu?

Pada 2024, kenaikan harga saham MAHB ialah 49.5%. Ini berbeza dengan 10% pada sebelumnya. Jadi RM 11, adalah wajar jika kita ambil kira harga saham MAHB di tutup pada RM 7.36 pada hujung 2023.

Nilai RM 11 ini juga dipersetujui oleh 14 penganalisis penyelidikan ekuiti berlesen yang pada masa ini meliputi MAHB (yang tidak termasuk HLIB dan UBS), yang masing-masing mempunyai harga sasaran yang sama ada lebih rendah daripada atau bersamaan dengan RM11.00, dan kebanyakannya juga secara jelas mengesyorkan agar pemegang saham menerima tawaran pada harga RM 11.

KWSP pun dah buat kenyataan pasal ni. Mereka cakap pembelian saham MAHB pada harga RM 11 sesaham ni sejajar dengan objektif pelaburannya yang lebih luas dan bertujuan menjana pendapatan yang diperlukan untuk pembayaran dividen sepanjang tahun kewangan dan ia adalah pelan strategik jangka panjang.

Lagi satu, KWSP juga ada cakap mereka ada dasar ‘Chinese Wall’ untuk uruskan pelaburan. Apakah maksud Chinese Wall?

Ia mencegah daripada berlakunya dagangan dalaman agar maklumat sulit tidak digunakan untuk keuntungan peribadi atau institusi.