PM Anwar sambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan pengumuman perjanjian gencatan senjata di Gaza, yang dijadualkan berkuat kuasa pada hari Ahad.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, langkah kritikal ini memberikan kelegaan yang sangat diperlukan untuk penduduk Gaza, yang telah lama menanggung penderitaan yang begitu mendalam.
“Saya mengiktiraf usaha Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat dalam perantaraan perjanjian ini.
“Saya juga memuji Presiden terpilih AS Donald Trump atas peranannya dalam membawa rundingan itu membuahkan hasil.
“Masyarakat antarabangsa mesti memastikan bahawa ia ditegakkan, membuka jalan untuk perbincangan mengenai fasa seterusnya yang akan membawa kepada ketenangan mampan dan pembinaan semula Gaza,” katanya.
Beliau berkata, walaupun pembinaan semula adalah keutamaan yang mendesak, adalah penting untuk menyedari bahawa kehilangan lebih 46,700 nyawa rakyat Palestin dan lebih dua juta orang kehilangan tempat tinggal tidak boleh dilupakan.
Keadilan dan akauntabiliti untuk tindakan yang diambil semasa konflik ini kekal kritikal.
“Tambahan pula, gencatan senjata ini mesti berfungsi sebagai batu loncatan ke arah matlamat yang telah lama tertunggak untuk mewujudka negara Palestin yang berdaya maju, berdaulat dan merdeka.
“Kedamaian yang adil dan berkekalan bergantung kepada menangani punca konflik ini,” ujarnya lagi.
Â