PMX bakal PM paling lama memerintah?
Penganalisa ekonomi Dato Dr Nazri Khan membuat ramalan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan termasuk dalam senarai Perdana Menteri yang paling lama memerintah berdasarkan beberapa faktor.
Aspek-aspek yang diteliti ialah kepimpinan serantau, pencapaian ekonomi dan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa di bawah pentadbiran Anwar.
“Kepimpinan serantau yang ditunjukkan dalam ASEAN sangat membanggakan.
“Di bawah beliau Malaysia akan menjadi tuan rumah untuk 300 mesyuarat di peringkat ASEAN.
“Beliau juga sedang mendapatkan ASEAN -China FTA dan perdagangan digital.”
Dari sudut ekonomi pula pelaburan luar langsung melonjak ke RM188 bilion manakala pelaburan dilluluskan berjumlah lebih daripada RM300 billion menurut statistik tahun 2024.
Nazri turut menyatakan bahawa Malaysia berjaya meletakkan diri sebagai negara moderat Islamis dan pada masa sama menyeimbang diri di antara China dan Amerika Syarikat.
Usaha- usaha ini dilihat sebagai dasar yang senada dengan orang muda.
“Orang muda pengundi terbesar. Selagi apa yang dibuat senada, beliau boleh kekal lama,” katanya menerusi TikTok.
Untuk rekod, Tun Dr Mahathir Mohamad memegang rekod pemerintahan paling lama selama 22 tahun dan ini diikuti oleh Tunku Abdul Rahman sejak 1957 sehingga 1970.