PN nak namakan calon PM tapi tak layak berbuat demikian
Pakatan pembangkang Perikatan Nasional tidak layak menengahkan calon Perdana Menteri kerana mereka mempunyai hubungan keruh dengan istana, hujah ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi.
“Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) kata, PN tidak ada masalah mencari calon PM untuk PRU ke 16. Syarat utama ialah calon itu mesti ada hubungan baik dengan istana.
“Kalau begitu semua pemimpin PN tidak layak. Mereka engkar nasihat YDP Agong jangan mengadakan perhimpunan di Istana Kehakiman 6 Januari 2025 yang lalu.
“Apatah lagi Muhyiddin. Dia menolak nasihat Istana agar sertai kerajaan perpaduan. Bukan itu sahaja Raja Raja Melayu menolak cadangan dia teruskan darurat dan menggantung parlimen. Pokoknya jangan suka suka main sentiment istana untuk politik murahan.
Beliau berkata demikian ekoran cadangan Pas dan Bersatu yang masing-masing ingin menengahkan calon Perdana Menteri.
Wan Ahmad mendakwa bahawa PN mempunyai ramai calon Perdana Menteri dan menambah agar perbincangan dijalankan secara tertutup.
Ini ekoran gesaan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin agar Pas mendapatkan calon jawatan tersebut,
Â