Solat jenazah pengarang buku Travelog Haji umpama solat Jumaat

Tular di media sosial suasana ramainya jemaah semasa solat jenazah ke atas Allahyarham Prof Dr Muhd. Kamil Ibrahim yang merupakan pengarang buku “Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman”.

Ruang masjid yang dipenuhi orang ramai Ketika itu seperti solat Jumaat.

Rata-rata mengagumi pemergian pendakwah dijemput pulang ke negeri abadi pada usia 61 tahun itu.

“Saya kagum dengan Almarhum Prof Kamil terutama kisah penghijrahan beliau.Saya dua kali baca bukunya dan memberi inspirasi kepada pengajian Quran saya.

“Dia berubah sejak berumur 40 tahun… buku-buku beliau menjadi inspirasi, jadi rujukan umrah haji, mengimarahkan surau yang ditinggalkan…. dan lain-lain,” demikian antara komentar warganet.

Prof Dr Muhd. Kamil Ibrahim meninggal dunia di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam, Shah Alam pukul 7.19 malam, 14 Januari lalu.

Awal Disember 2024, Allahyarham yang berasal dari Besut, Terengganu disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Beliau pernah menetap di Madinah selama tiga tahun bermula 2011 ketika mengajar di Universiti Taibah, Arab Saudi.

BACA JUGA Semua dia nak ulas, MP Pas ini dicemuh menyalak isu MAHB